Sunday 1 February 2009

Kek Holick Coklat

Bahan2nya:

Untuk Bahan A

20 biji telur kuning
4 biji putih telur
1 sudu makan overllate
200gm caster sugar
1,500gm tepung self raising-/hongkong


*pukul telur kuning dengan gula hingga kembang, (putih telur dipukul berasingan,)masukkan bahan2 yang lain dan digaul/dipukul hingga rata.

Untuk Bahan B

200gm butter
6 sudu makan susu pekat manis
1,500gm horlick
150gm coklat masakan yang dicairkan.

*Pukul butter hingga kembang,masukkan susu pekat manis,masukkan horlick dan pukul hingga rata,selepas itu masukkan coklat masakan, dan digaul rata serta sebati.


Bahan-bahan utk perasa/flavour
2camca makan vanilla
2 sudu makan nescafe
perahan oren/orange yg agak sour

Cara Membuatnya:
1.Bahan A dipukul hingga kembang,bahan B dipukul hingga kembang,
2.Satukan kedua-dua bahan A dan B tersebut.
3.Masukkan perasa Vanilla ke dalam Adunan 1
4.Masukkan nescafe dan perahan oren ke dalam bahagian 2.

Selepas itu masakkan berlapis-lapis,masukkan adunan vanilla,masak dlm 15minit,lapiskan adunan 2 dlm 15 minit,masakkan berlapis hingga habis kedua-dua adunan.
Gunakan api bawah dan atas pada lapisan pertama dan untuk seterusnya gunakan api atas sahaja. Bila habis semua lapisan gunakan api atas dan bawah.

*oven hendaklah diparas 120'c

selamat mencuba,naty.

No comments: