Tuesday 7 October 2008

KEK LAPIS COKLAT RICE

merah & kuning itu le kek lapis coklat rice (yg dah dipotong)
BAHAN2 nya:


16 oz butter /250 gm

10 biji telur ayam

2oo gm gula caster

200 gm tepung hong kong/ self raising flour

1 gelas tepung susu

1 gelas holicks

1 packet coklat rice

1 camca teh ovellete

1 camca teh esen vanilla

pewarna merah/pink

pewarna kuning


cara membuatnya:

Pukul butter dengan gula hingga kembang.

masukkan telur satu persatu

masukkan tepung gaul rata, masukkan holick dan gaul rata,masukkan ovellete dan tepung susu gaul adunan biar betul sebati.


bahagikan adunan kepada dua bahagian


adunan 1 masukkan pewarna merah/pink gaul rata dan biar nampak betul2 merah/pink


adunan 2 masukkan pewarna kuning dan gaul rata, pekat kuning.


Cara mengukus/membakar


panaskan oven /pengukus terlebih dahulu dalam 20 minit.


masukkan adunan 1(merah) ke dalam acuan, lebih kurang 7 sudu makan dan ratakan.

Bakar dlm api bawah dan atas dlm 10 minit.

Bila sudah masak taburkan coklat rice ke dlm acuan dan lapiskan semula dgn adunan 1, bakar .

bila masak taburkan coklat rice dan lapis lagi dgn adunan 1 bakar selepas itu taburkan lagi coklat rice dan lapiskan lagi dgn adunan 1 dan bakar.


(3 lapis utk adunan 1 diselang seli kan tabur coklat rice.dan gunakan api yg perlahan(atas sahaja) coz oven dah semakin panas)


lapisan ke 4 masukkan adunan 2(kuning) dan bakar. (tak perlu tabur coklat rice-tapi kalau suka pun boleh taburkan coklat rice.

apabila masak,lapiskan lagi dgn adunan 2, bakar (masak) lapiskan lagi dgn adunan 2, bakar.


(3 lapisan utk adunan 2)



Ulang cara yg sama utk adunan 1 seterusnya dan adunan 2, hingga kesemua adunan habis,


akhir sekali bakar dgn menggunakan api atas dan bawah dlm 15 minit utk mengeringkan kek. temperaturer yg rendah 80-100' c



SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA-naty-


nie kek raya yg sempat dibuat tahun ni...agak senang juga membuatnya..

No comments: