Monday 21 September 2009

KEK LAPIS IDOLA

Bahannya:

10 biji telur ayam
16 0z mentega (fern/churn)
200gm horlick(packet kecil)
80 gm seri kaya (tin kecil)
50 gm serbuk santan
2 gelas tepung gandum
600/500 gm coklat masak (dicairkan)
1 tin susu manis
1 @ ½ gelas milo
1 gelas gula halus (icing sugar)
½ botol browning sugar(botol kecil)

Cara-caranya:

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu,pukul hingga kembang
3.masukkan susu, horlick,kaya, santan,tepung dan gula
4.bahagi kan 2
a)6 senduk warna asal
b)di campur dengan milo,browning sugar dan coklat yang telah dicairkan

Cara mencairkan coklat,
MASAKAN AIR DALAM PERIUK, AMBIL MANGKUK YG TAHAN PANAS LETAKKAN COKLAT DI ATAS PERIUK YANG MENDIDIH, GAUL COKLAT HINGGA CAIR.apabila masak teruskan masuk dalam adunan yang kedua tadi.

CARA MELAPISKAN
Sendukan lapisan kuning (a)(warna asal) dan bakar hingga masak.
Kemudian masukkan lapisan b(campuran milo) bakar hingga masak.
Seterusnya ulang a) masak dengan cara yang sama dan b dengan cara yang sama sehingga habis adunan.

Sunday 10 May 2009

KEK LAPIS INDIA

Bahan2nya:

16oz butter
10 biji telur
1 1/2 gula halus
1/2 gelas nestum
2 gelas tepung biskut mary
1 tin susu manis
1 paket santan
2 kotak coklat cadbury(atau coklat yg anda suka)

Cara membuatnya:
Pukul butter dgn gula hingga kembang.masukkan telur satu persatu.Masukkan susu pekat manis.tepung biskut mary, kemudian nestum dan santan. gaul hingga rata.

Cara melapiskan aduan kek.
1. Ambil 7/8 sudu aduan kek dan ratakan dalam acuan serta bakar selama 10-12 minit dgn menggunakan api bawah dan atas.Setelah masak,lapiskan adunan kek seperti di atas lagi.

2.Setelah lapisan ke dua masak,susunkan coklat dengan teratur diatasnya,selepas itu dengan lapiskan dengan adunan kek,dan ratakan, bakar seperti biasa dengan menggunakan api dibawah sahaja.

3.Ulang cara yang sama sampai habis adunan.

Selamat Mencuba

naty

Sunday 1 February 2009

Kek Holick Coklat

Bahan2nya:

Untuk Bahan A

20 biji telur kuning
4 biji putih telur
1 sudu makan overllate
200gm caster sugar
1,500gm tepung self raising-/hongkong


*pukul telur kuning dengan gula hingga kembang, (putih telur dipukul berasingan,)masukkan bahan2 yang lain dan digaul/dipukul hingga rata.

Untuk Bahan B

200gm butter
6 sudu makan susu pekat manis
1,500gm horlick
150gm coklat masakan yang dicairkan.

*Pukul butter hingga kembang,masukkan susu pekat manis,masukkan horlick dan pukul hingga rata,selepas itu masukkan coklat masakan, dan digaul rata serta sebati.


Bahan-bahan utk perasa/flavour
2camca makan vanilla
2 sudu makan nescafe
perahan oren/orange yg agak sour

Cara Membuatnya:
1.Bahan A dipukul hingga kembang,bahan B dipukul hingga kembang,
2.Satukan kedua-dua bahan A dan B tersebut.
3.Masukkan perasa Vanilla ke dalam Adunan 1
4.Masukkan nescafe dan perahan oren ke dalam bahagian 2.

Selepas itu masakkan berlapis-lapis,masukkan adunan vanilla,masak dlm 15minit,lapiskan adunan 2 dlm 15 minit,masakkan berlapis hingga habis kedua-dua adunan.
Gunakan api bawah dan atas pada lapisan pertama dan untuk seterusnya gunakan api atas sahaja. Bila habis semua lapisan gunakan api atas dan bawah.

*oven hendaklah diparas 120'c

selamat mencuba,naty.

Sunday 19 October 2008

kek Tinta Sukma Sri Sarawak

Bahan-bahannya:-

10 biji telur ayam
16 oz butter (250 gm)
2 cawan gula halus(caster sugar)
2 cawan tepung biskut mary(Blend biskut utk jadi tepung)
5 sudu nescafe
1 tin susu manis
1 botol kecil horlicks
5 sudu milo
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:-

1.Butter dan gula dipukul hingga kembang.masukkan satu persatu telur kemudian masukkan susu manis, tepung biskut mary dan esen vanilla.Gaul rata kesemua adunan tersebut.

2.Bahagikan adunan kepada TIGA BAHAGIAN

a.Adunan Milo (bancuhkan milo dgn sedikit air panas terlebih dahulu-pekat)gaulkan rata
b.Adunan nescafe (bancuhkan nescafe dgn sedikit air panas)gaul rata
c.Adunan Horlicks, gaul rata

Cara Membakar-memasak
-gunakan api bawah dan atas(oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dlm 20 minit(120'C)
masukkan 5 sudu makan adunan a MILO dan bakar hingga masak (8 minute)
lapiskan dgn 5 susu makan adunan b NESCAFE bakar hingga masak (6 minute)
lapiskan dgn 5 susu makan adunan cHORLc ICKS bakar hingga masak (6 minute)

ulang langkah yg sama utk lapisan ke 4 (adunan a) gunakan api atas sahaja dan low temperature dlm 100'C

apabila adunan semua telah habis..lapisan terakhir ..gunakan api atas dan bawah dan bakar hingga masak dan kek nampak kering..


selamat mencuba--utk visitors blog ni..hope leave a comments /chat

~naty~

Tuesday 7 October 2008

KEK LAPIS COKLAT RICE

merah & kuning itu le kek lapis coklat rice (yg dah dipotong)
BAHAN2 nya:


16 oz butter /250 gm

10 biji telur ayam

2oo gm gula caster

200 gm tepung hong kong/ self raising flour

1 gelas tepung susu

1 gelas holicks

1 packet coklat rice

1 camca teh ovellete

1 camca teh esen vanilla

pewarna merah/pink

pewarna kuning


cara membuatnya:

Pukul butter dengan gula hingga kembang.

masukkan telur satu persatu

masukkan tepung gaul rata, masukkan holick dan gaul rata,masukkan ovellete dan tepung susu gaul adunan biar betul sebati.


bahagikan adunan kepada dua bahagian


adunan 1 masukkan pewarna merah/pink gaul rata dan biar nampak betul2 merah/pink


adunan 2 masukkan pewarna kuning dan gaul rata, pekat kuning.


Cara mengukus/membakar


panaskan oven /pengukus terlebih dahulu dalam 20 minit.


masukkan adunan 1(merah) ke dalam acuan, lebih kurang 7 sudu makan dan ratakan.

Bakar dlm api bawah dan atas dlm 10 minit.

Bila sudah masak taburkan coklat rice ke dlm acuan dan lapiskan semula dgn adunan 1, bakar .

bila masak taburkan coklat rice dan lapis lagi dgn adunan 1 bakar selepas itu taburkan lagi coklat rice dan lapiskan lagi dgn adunan 1 dan bakar.


(3 lapis utk adunan 1 diselang seli kan tabur coklat rice.dan gunakan api yg perlahan(atas sahaja) coz oven dah semakin panas)


lapisan ke 4 masukkan adunan 2(kuning) dan bakar. (tak perlu tabur coklat rice-tapi kalau suka pun boleh taburkan coklat rice.

apabila masak,lapiskan lagi dgn adunan 2, bakar (masak) lapiskan lagi dgn adunan 2, bakar.


(3 lapisan utk adunan 2)



Ulang cara yg sama utk adunan 1 seterusnya dan adunan 2, hingga kesemua adunan habis,


akhir sekali bakar dgn menggunakan api atas dan bawah dlm 15 minit utk mengeringkan kek. temperaturer yg rendah 80-100' c



SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA-naty-


nie kek raya yg sempat dibuat tahun ni...agak senang juga membuatnya..